Thursday, June 9, 2016

Resepi: Sausage & Meatball Atkins Homemade


Assalamualaikum.

Sememangnya kita semua sudah tahu bahawa makanan berproses tidak bagus untuk kesihatan kita. Sebagai contoh makanan berproses seperti sausage, nugget, meatball dan macam-macam lagi. Mengikut beberapa sumber yang sahih, kekerapan mengambil makanan berproses juga punca masalah kegemukkan.

Jadi sudah semestinya makanan berproses sangat tidak sesuai dijadikan menu diet. Tetapi kadang-kadang tekak ni teringin nak makan meatball dan sausaugekan. Tidak perlu risau sebab rasa teringin tu boleh diubati dengan membuatnya sendiri. Cewahhh. Hehehe



Mudah sebenarnya nak buat sausage dan meatball homemade ni sebenarnya. Bahan boleh cari kat kedai runcit biasa je. Tak perlu nak pergi Cold Storage jauh-jauh nak cari bahan-bahannya. 


Resepi Sausage Meatball Atkins Homamade.
 Bahan-bahan:
- isi ayam
- serbuk lada hitam
- garam
( kalau nak tambah daun sup dan daun bawang pun boleh )
 Cara-cara:
- blandkan kesemua bahan
- untuk sausage, bentukkan dan bungkus menggunakan daun kunyit. Manakala meatball, bentukkan bulat-bulat.
- sedia dikukus selama lebih kurang 10 minit hingga ke 15 minit.
- ok siap. 


Sebelum ini pernah buat bungkus pakai plastik aiskrim. Tetapi ramai yang kata tidak elok sebenarnya kerana plastik mengandungi bahan kimia. Jadi, alternatif lain yang selamat adalah bungkus menggunakan daun kunyit.


Bila dah siap kukus nak terus masak boleh ataupun nak simpan dalam peti ais dulu pun boleh. Goreng celup telur pun sudah cukup sedap tau. Makan panas-panas sambil cecah Mayonis Kewpie. Pehhh.

Kita mahukan badan yang sihat, pemakanan juga perlulah sihat. Pemakanan yang sihat itu kita boleh cipta sendiri. Malah makanan yang kita cipta sendiri jauh lebih sedap daripada yang sudah ready made. Heee 

Kita dah share resepi, minta tolong klik bunga-bunga di bawah boleh? Terima kasih. 
    

0 comments: