Saturday, February 3, 2018

Paru Masak Kicap Black Paper


Assalamualaikum.

Kelmarin pergi beli barang dapur dengan suami. Sampai bahagian barang basah, En Suami terus menghilang. Ingatkan dia pergi mana. Rupanya dia pergi bahagian peti sejuk beku tu. Dibelek-beleknya paru lembu. Kalau dah duk belek-belek tu, maksudnya nak la tu kan. Hahaha

Kalau kat rumah ibu, yang makan paru lembu ni ayah seorang je. So jarang-jarang sekali masak lauk paru ni. Sekarang, bila sudah bersuami yang suka makan paru lembu apa lagi. Kenalah masakkan untuk dia.

Sebelum ni pernah pesan kat En Suami, kalau nak makan yang pelik-pelik macam paru tu suruh dia beli sahaja lauk kat luar. Sebabnya kalau masak macam tak berbaloi sebab makannya seorang. Tapi tak sanggup tengok dia asyik beli kat luar je. Bukan sedap mana pun kan 😝


Bila di tanya nak masak apa paru ni, dia kata tak kisah. Jawapan tu yang paling susah ok. Hahaha. Aku ni bukannya makan paru. Apakan lagi masak lauk paru, mana pernah. Hahaha

Tak nak pening kepala, menu paling senang dan cepat apa lagi kalau bukan Paru Masak Kicap Black Paper. Wuu, suami makan siap bertambah. Maksudnya sedap sangat la tu kan?  Hahaha. Resepi ringkas seperti di bawah ye.

Resepi Paru Masak Kicap Black Paper.

Bahan-bahannya:
- paru lembu
- halia
- bawang merah
- bawang putih
- serbuk kunyit
- kicap pekat ABC
-kicap lemak manis
- lada hitam yang dikisar halus
- cili padi / kampung 2 batang (kalau nak pedas) 
- garam secukup rasa

Cara-caranya:
- potong paru dalam bentuk dan besar cube
- gaulkan paru bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
- gorengkan paru tadi dalam minyak yang panas dan setelah masak angkat dan asingkan ke tepi 
- kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia di dalam kuali lain dengan minyak yang panas
- setelah naik bau, masukkan kicap pekat ABC dan kicap lemak manis. Gaulkan sehingga sebati. 
- Akhir sekali masukkan paru yang telah digorengkan tadi. Gaul sehingga sebati semuanya. 
- sebagai perasa, tambahkan secubit garam dan sedikit serbuk lada hitam.
- ok siap untuk dihidangkan bersama nasi panas

Haa, aku yang tak makan paru ni pun makan lauk tu tau. Tapi makan kuahnya sahaja. Isi paru bagi suami aku makan. Hahaha

Ok selamat mencuba.

2 comments:

Fiza Aizzawa said...

nampak sedap.. boleh tukar dengan daging nie sbb fiza tak makan paru..

Ciktie said...

Ia punya gambar tu nampak sedap! Nanti nak try la